The
Hotel & Suites Platinum Sdn Bhd telah mengadakan pembukaan hotel klasik
pertama di Melaka dengan kemunculan hotel & suite platinum. Tapak hotel ini
yang di bina di atas tapak warisan UNESCO yang kaya dengan budaya, sejarah dan
kecantikannya. The Hotel & Suite Platinum adalah koleksi klasik empat
bintang pertama di bandar Melaka.
The
Hotel & Suites ini mempunyai reka bentuk yang seakan seni bina neoklasik dari
tahun 1950-an di mana reka bentuknya mengambarkan warisan Portugis dari Melaka.
Hotel ini mempunyai 4 tingkat dan lokasinya yang sangat strategik dengan
menaiki kereta selama 3 minit sahaja untuk pergi ke Pusat bandar Melaka.
Disekeliling
hotel ini mempunyai kedai seperti bistro, kafe moden atau kopitiam, memudahkan
sesiapa sahaja dapat mencari sesuatu yang sesuai dengan keperluan masing-masing
kerana kedai-kedai tersebut tidak jauh dari satu sama lain.
Mengagumi
seni bina moden yang klasik, dan sentuhan reka bentuk Peranakan-Portugis di
seluruh hotel, reka bentuk di dalam setiap bilik juga mengekalkan reka bentuk
yang sama. Di dalam setiap bilik juga mempunyai tingkap kaca yang pelbagai
warna, hampir sama dengan reka bentuk rumah Peranakan. Tingkap yang
berwarna-warni ini berperanan sebagai penarik cahaya semulajadi untuk masuk ke
dalam bilik dan akan menjadikan suasana yang terang dan meriah di dalam bilik.
Hotel
ini menawarkan 206 bilik yang mewah dan sangat selesa, berkeluasan dari 403.5
hingga 1,068 kaki persegi. Kesemua bilik mempunyai kelengkapan yang lengkap dan
seperti kata Pengurus Besar The Platinum Hotel & Suites, pihak mereka
berharap dengan reka bentuk yang sangat mewah dapat menarik perhatian orang
ramai dari pelbagai latar belakang untuk datang menginap di hotel mereka dan
menghayati keindahan pemandangan bandar Melaka.
1 Comments
Thunderbirds at the Oakley Titanium Sunglasses | Titsanium®
ReplyDeleteThunderbirds at titanium hair clipper the does titanium have nickel in it Oakley Titanium Sunglasses are a stylish titanium belly ring lightweight Sunglasses titanium quartz meaning designed to maximize your eye and body type. The Sunglasses are UV titanium ranger stabilized