Mah Meri Pulau Carey



Kali ini kami berpeluang untuk melawat Royal Klang Town Heritage Walk. Pada pukul 9.15 pagi kami telah bertolak dari Hotel Saujana, Subang untuk pergi ke sana. Perjalanan untuk sampai ke Royal Klang Town Heritage Walk hanya mengambil masa 31 minit sahaja. Tepat pukul 9.45 pagi kami telah sampai di Royal Klang Town Heritage Walk. Royal Klang Town Heritage Walk bertujuan untuk menyerlahkan daya tarikan Klang dan tarikan unik termasuk tumpuan pemandangan penjajah, tempat ibadat, sekolah, stesen api, galeri diraja, dan gudang yang dibina oleh ketua orang Melayu tempatan di sana.



Sebagai sebuah bandar diraja dan bekas ibu kota Selangor, Klang mempunyai ciri-ciri bangunan bersejarah dan tradisional. Kuarters warisan Klang boleh dikunjungi dengan berjalan kaki melalui lawatan berjalan kaki menarik yang disediakan secara percuma oleh majlis perbandaran bandaraya dan Pelancongan Selangor. Mereka telah mengenalpasti 11 tarikan pelancongan untuk berjalan kaki, termasuklah Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Little India (Jalan Tengku Kelana), bangunan bekas Bank Chartered, kelab Diraja Klang, Istana Alam Shah dan gereja Our Lady of Lourdes.

Lawatan untuk Royal Klang Town Heritage Walk ini dijalankan oleh pemandu pelancong yang profesional, dengan hanya memasuki tempat-tempat yang menarik sahaja sepanjang lawatan ini. Laluan sepanjang 3km di bandaraya Klang ini agak mudah kerana laluan itu hanya di sekitar pusat bandar sahaja. Lawatan berjalan kaki ini mengambil masa kira-kira 2 jam setengah untuk diselesaikan dan pemandu pelancong menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara sepanjang lawatan ini. Kami telah diminta untuk memakai sepasang kasut yang selesa untuk membantu kami berjalan kaki dengan baik dan membuatkan lawatan ini menjadi satu pengalaman yang membuka mata dan menarik ini bagi kami sekumpulan mahupun penduduk tempatan dan pelancong.


 

Setelah selesai melawat bandar bersejarah Klang, kami meneruskan perjalanan untuk mengisi perut di restoran tempatan di Klang. Kami makan tengah hari di Restoran Warong Warisan Asli, Klang. Restoran ini menyajikan masakan pelbagai jenis bertemakan masakan kampung berasaskan ayam kampung, ulam-ulaman, kuih-muih tradisional, pelbagai jenis pilihan ikan darat seperti keli, haruan, puyu dan sepat disediakan dalam menu hidangan lengkap berbentuk ala-carte yang pastinya memenuhi citarasa pengunjung. Kehebatan masakan disediakan oleh tukang masak yang berpengalaman dalam penyediaan masakan kampung.



Selesai makan tengah hari di Restoran Warong Warisan Asli kami bertolak pula ke Mah Meri Pulau Carey yang terletak di Kampung Orang Asli Sungai Bumbun Selangor.

Tepat pada pukul 3 petang kami tiba di satu lagi destinasi iaitu Mah Meri Pulau Carey iaitu satu perkampungan orang asli yang terletak di Kuala Langat Selangor. Mah Meri adalah kumpulan etnik yang berasal dari bahagian barat Semenanjung Malaysia. Mereka adalah salah satu daripada 18 kumpulan Orang Asli yang dinamakan oleh kerajaan Malaysia. Mereka adalah kumpulan kecil Senoi. Kebanyakan anggota suku Mah Meri tinggal di sepanjang pantai Selangor Selatan dari Sungai Pelek ke Pulau Carey, walaupun terdapat sekurang-kurangnya satu Komuniti Mah Meri di seberang Sungai Klang. Orang-orang Mah Meri di Pulau Carey terkenal di peringkat antarabangsa kerana kemahiran ukiran kayu tradisional mereka.


Ketika kami berada di perkampungan tersebut, kami telah dipersembahkan dengan persembahan kebudayaan etnik di situ iaitu Tarian Jo'oh dan Tarian Topeng. Selain itu, Mah Meri terkenal dengan kraf kayu. Walaubagaimanapun,  Kraf lain juga ada untuk dijual seperti tenunan. Masyarakat etnik di sini sangat kreatif dan mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menenun dan juga mengukir kayu. Maka, tidak hairan lah jika semua produk kraftangan mereka cantik-cantik belaka.  Terdapat juga beberapa kraftangan yang dijual di sini seperti dompet kecil, penanda buku, topeng dan lain-lain.Kami sempat merasai pengalaman melihat etnik ini membuat ukiran kayu.  Kami sempat juga bergambar dengan masyarakat orang asli di situ sebagai kenang-kenagan.

        Kami mengambil keputusan untuk makan malam di Restoran Mansion 1969 iaitu sebuah restoran yang sangat unik dan ‘’oldschool’’. Restoran dikelilingi oleh kehijauan pokok-pokok di sekitar restoran dan juga seni bina dan susun atur dalaman restoran yang sangat unik terasa seperti kembali ke zaman 90-an. Restoran ini menyajikan makanan tempatan, masakan fusion, makanan ringan khas, pelbagai jenis kopi yang lazat dan makanan vegetarian. Terdapat juga ruang yanf disediakan bagi meraikan pelbagai aktiviti, seperti majlis perkahwinan, jamuan, dan sebagainya.


Kami meneruskan lagi perjalanan ke Dong Zeng Tample yang terletak di Jemjarom. Kuil ini telah menjalankan Lantern Festival dan Flora tahunan selama lebih dari satu dekad dan ia menjadi salah satu acara di dalam kalendar peristiwa Negeri Selangor. Dengan menawarkan masuk secara percuma, ia telah menarik hampir sejuta pengunjung setiap tahun kerana kuil itu mempunyai daya tarikannya sendiri.


           Kami sempat berjalan dan melawat bebrapa kawasan di dalam kuil ini. Apa yang kami lihat adalah di dalam kuil ini, budaya tradisi Cina telah diturunkan sepenuhnya di Kuil Dong Zen melalui banyak pembinaan dan hiasan yang mengagumkan dan canggih. Di antara semua ini, yang paling menarik, tidak dapat dilupakan adalah amalan di kuil di mana semua orang mengamalkan kasih sayang dan belas kasihan. Ia pasti menajadikan kuil ini salah satu tempat terbaik untuk dilawati! Yang lebih menariknya lagi, kuil ini mempunyai tarikan dimana terdapat cahaya lampu-lampu yang sangat menarik setanding seperti cahaya-cahaya lampu yang berada di I-City.



      Dengan menelan kos hampir jutaan ringgit untuk penambahbaikan kuil, sudah pastinya menjadikan kuil ini sebagai daya tarikan pengunjung berbilang bangsa di negara ini. Perasaan teruja dan kagum ketika memasuki ke dalam kuil tersebut kerana hiasan lampu-lampu dan keadaan kuil yang sangat pelbagai. Di samping itu, galeri seni juga mengadakan pameran yang mempamerkan artis tempatan dan daerah. Selain itu, Kuil ini juga menyediakan kelas di mana para peserta dapat belajar tentang wushu, perubatan Cina dan seni, antara lain, dengan bayaran mengikut kategori. Jangan risau, anda juga boleh mengambil gambar sebanyak mana yang anda suka tanpa dikenakan sebarang bentuk bayaran. (tapi camera sendiri lah! Heheheheh)



0 Comments