Maklumat Asas Untuk Mendaftar Syarikat



KEPERLUAN UNTUK MENDAFTAR SYARIKAT

Perniagaan merupakan aktiviti yang memerlukan kelulusan dari pelbagai Pihak dan yang paling asas ialah menubuhkan syarikat dengan melantik setiausaha syarikat bagi menguruskan pendaftaran di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Berikut adalah maklumat yang diperlukan untuk anda mendaftar syarikat mengikut Akta Syarikat 2016.

MAKLUMAT ASAS YANG DIPERLUKAN UNTUK MENDAFTAR SYARIKAT

  1. Nama cadangan dikemukakan sekurang-kurangnya 3 nama pilihan untuk dipohon sebagai nama syarikat di SSM. Carian nama syarikat perlu dilakukan pada peringkat awal.
  2. 3 aktiviti utama perniagaan yang bakal syarikat jalankan.
  3. Jumlah modal saham atau syer yang akan dilaburkan kedalam akaun syarikat bagi tujuan untuk syarikat memulakan perniagaan.- wajib
  4. Peratusan syer yang bakal dipegang oleh setiap ahli pemegang saham.- wajib
  5. Nama bank serta alamat bank dimana akaun syarikat akan dibuka.
  6. Nama penandatangan cek syarikat.
  7. Salinan Kad Pengenalan setiap ahli syarikat iaitu Lembaga Pengarah Syarikat serta Pemegang Saham bagi warganegara Malaysia dan salinan pasport bagi warganegara asing- wajib
  8. Alamat kediaman terkini pengarah dan pemegang saham dan mestilah di Malaysia- wajib
  9. Alamat utama perniagaan dan cawangan jika ada – wajib
  10. No telepon dan juga no telepon bimbit serta alamat e.mail setiap pengarah dan pemegang saham syarikat.
  11. Melantik setiausaha syarikat – wajib

0 Comments