Kali ini kami berpeluang
untuk melawat Royal Klang Town Heritage Walk. Pada pukul 9.15 pagi kami telah
bertolak dari Hotel Saujana, Subang untuk pergi ke sana. Perjalanan untuk
sampai ke Royal Klang Town Heritage Walk hanya mengambil masa 31 minit sahaja. Tepat
pukul 9.45 pagi kami telah sampai di Royal Klang Town Heritage Walk. Royal
Klang Town Heritage Walk bertujuan untuk menyerlahkan daya tarikan Klang dan
tarikan unik termasuk tumpuan pemandangan penjajah, tempat ibadat, sekolah,
stesen api, galeri diraja, dan gudang yang dibina oleh ketua orang Melayu
tempatan di sana.
Sebagai sebuah bandar
diraja dan bekas ibu kota Selangor, Klang mempunyai ciri-ciri bangunan
bersejarah dan tradisional. Kuarters warisan Klang boleh dikunjungi dengan
berjalan kaki melalui lawatan berjalan kaki menarik yang disediakan secara
percuma oleh majlis perbandaran bandaraya dan Pelancongan Selangor. Mereka
telah mengenalpasti 11 tarikan pelancongan untuk berjalan kaki, termasuklah
Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Little India
(Jalan Tengku Kelana), bangunan bekas Bank
Chartered, kelab Diraja Klang, Istana Alam Shah dan gereja Our Lady of Lourdes.
Lawatan untuk Royal Klang
Town Heritage Walk ini dijalankan oleh pemandu pelancong yang profesional,
dengan hanya memasuki tempat-tempat yang menarik sahaja sepanjang lawatan ini.
Laluan sepanjang 3km di bandaraya Klang ini agak mudah kerana laluan itu hanya di
sekitar pusat bandar sahaja. Lawatan berjalan kaki ini mengambil masa kira-kira
2 jam setengah untuk diselesaikan dan pemandu pelancong menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantara sepanjang lawatan ini. Kami telah diminta
untuk memakai sepasang kasut yang selesa untuk membantu kami berjalan kaki
dengan baik dan membuatkan lawatan ini menjadi satu pengalaman yang membuka
mata dan menarik ini bagi kami sekumpulan mahupun penduduk tempatan dan
pelancong.
Setelah selesai melawat
bandar bersejarah Klang, kami meneruskan perjalanan untuk mengisi perut di
restoran tempatan di Klang. Kami makan tengah hari di Restoran Warong Warisan
Asli, Klang. Restoran ini menyajikan masakan pelbagai jenis bertemakan masakan kampung
berasaskan ayam kampung, ulam-ulaman, kuih-muih tradisional, pelbagai jenis
pilihan ikan darat seperti keli, haruan, puyu dan sepat disediakan dalam menu
hidangan lengkap berbentuk ala-carte
yang pastinya memenuhi citarasa pengunjung. Kehebatan masakan disediakan oleh
tukang masak yang berpengalaman dalam penyediaan masakan kampung.
Selesai makan tengah hari
di Restoran Warong Warisan Asli kami bertolak pula ke Mah Meri Pulau Carey yang
terletak di Kampung Orang Asli
Sungai Bumbun Selangor.
Tepat pada pukul 3 petang
kami tiba di satu lagi destinasi iaitu Mah Meri Pulau Carey iaitu satu
perkampungan orang asli yang terletak di Kuala Langat Selangor. Mah Meri adalah kumpulan etnik yang berasal dari bahagian
barat Semenanjung Malaysia. Mereka adalah salah satu daripada 18 kumpulan Orang
Asli yang dinamakan oleh kerajaan Malaysia. Mereka adalah kumpulan kecil Senoi.
Kebanyakan anggota suku Mah Meri tinggal di sepanjang pantai Selangor Selatan
dari Sungai Pelek ke Pulau Carey, walaupun terdapat sekurang-kurangnya satu
Komuniti Mah Meri di seberang Sungai Klang. Orang-orang Mah Meri di Pulau Carey
terkenal di peringkat antarabangsa kerana kemahiran ukiran kayu tradisional
mereka.
Ketika kami berada di perkampungan tersebut, kami telah dipersembahkan
dengan persembahan kebudayaan etnik di situ iaitu Tarian Jo'oh dan Tarian
Topeng. Selain itu, Mah Meri terkenal dengan kraf kayu. Walaubagaimanapun, Kraf lain juga ada untuk dijual seperti
tenunan. Masyarakat etnik di sini sangat kreatif dan mereka mempunyai kemahiran
yang tinggi dalam menenun dan juga mengukir kayu. Maka, tidak hairan lah jika semua
produk kraftangan mereka cantik-cantik belaka.
Terdapat juga beberapa kraftangan yang dijual di sini seperti dompet
kecil, penanda buku, topeng dan lain-lain.Kami sempat merasai pengalaman
melihat etnik ini membuat ukiran kayu.
Kami sempat juga bergambar dengan masyarakat orang asli di situ sebagai
kenang-kenagan.
Kami mengambil
keputusan untuk makan malam di Restoran Mansion 1969 iaitu sebuah restoran yang
sangat unik dan ‘’oldschool’’. Restoran dikelilingi oleh kehijauan pokok-pokok
di sekitar restoran dan juga seni bina dan susun atur dalaman restoran yang
sangat unik terasa seperti kembali ke zaman 90-an. Restoran ini menyajikan
makanan tempatan, masakan fusion, makanan ringan khas, pelbagai jenis kopi yang
lazat dan makanan vegetarian. Terdapat juga ruang yanf disediakan bagi meraikan
pelbagai aktiviti, seperti majlis perkahwinan, jamuan, dan sebagainya.
Kami meneruskan
lagi perjalanan ke Dong Zeng Tample yang terletak di Jemjarom. Kuil ini telah
menjalankan Lantern Festival dan Flora tahunan selama lebih dari satu dekad dan
ia menjadi salah satu acara di dalam kalendar peristiwa Negeri Selangor. Dengan
menawarkan masuk secara percuma, ia telah menarik hampir sejuta pengunjung
setiap tahun kerana kuil itu mempunyai daya tarikannya sendiri.
Kami sempat
berjalan dan melawat bebrapa kawasan di dalam kuil ini. Apa yang kami lihat
adalah di dalam kuil ini, budaya tradisi Cina telah diturunkan sepenuhnya di
Kuil Dong Zen melalui banyak pembinaan dan hiasan yang mengagumkan dan canggih.
Di antara semua ini, yang paling menarik, tidak dapat dilupakan adalah amalan
di kuil di mana semua orang mengamalkan kasih sayang dan belas kasihan. Ia
pasti menajadikan kuil ini salah satu tempat terbaik untuk dilawati! Yang lebih
menariknya lagi, kuil ini mempunyai tarikan dimana terdapat cahaya lampu-lampu
yang sangat menarik setanding seperti cahaya-cahaya lampu yang berada di
I-City.
Dengan menelan
kos hampir jutaan ringgit untuk penambahbaikan kuil, sudah pastinya menjadikan
kuil ini sebagai daya tarikan pengunjung berbilang bangsa di negara ini.
Perasaan teruja dan kagum ketika memasuki ke dalam kuil tersebut kerana hiasan
lampu-lampu dan keadaan kuil yang sangat pelbagai. Di samping itu, galeri seni
juga mengadakan pameran yang mempamerkan artis tempatan dan daerah. Selain itu,
Kuil ini juga menyediakan kelas di mana para peserta dapat belajar tentang
wushu, perubatan Cina dan seni, antara lain, dengan bayaran mengikut kategori.
Jangan risau, anda juga boleh mengambil gambar sebanyak mana yang anda suka
tanpa dikenakan sebarang bentuk bayaran. (tapi camera sendiri lah! Heheheheh)
0 Comments