5 Perbezaan Ketara Syarikat Sdn Bhd dan Enterprise


Dalam artikel kali ini saya akan cuba memendekkan jawapan tersebut kepada setakat 5 perbezaan ketara diantara syarikat sdn. bhd. dan enterprise.
PERTAMA : Akta Syarikat 2016 VS Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
Syarikat sdn. bhd. ditubuhkan dan dikawal oleh Akta Syarikat 2016 (sebelum ini Akta Syarikat 1965) manakala perniagaan enterprise didaftarkan dan dikawal oleh Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Akta Perkongsian 1961 (untuk perniagaan perkongsian).
KEDUA : Pengarah VS Pengurus
Tanggungjawab menguruskan syarikat terletak di bahu pengarah syarikat yang menjalankannya bersama-sama pengarah-pengarah syarikat sdn. bhd. yang lain. Berbeza dengan enterprise di mana tanggungjawab pengurusannya terletak di bahu pengurus merangkap pemiliknya.
KETIGA : Liabiliti Berasingan VS Tidak
Liabiliti bermaksud tanggungan. Tanggungan syarikat sdn. bhd. adalah berasingan dari para pemiliknya. Dalam maksud kata mudah, jika syarikat sdn. bhd. bankrupt, harta syarikat akan dirampas untuk menjelaskan hitang-piutangnya tanpa diusik sedikitpun harta pemiliknya. Ini berbeza dengan perniagaan enterprise dimana apabila perniagaan enterprise jatuh bankrupt, kesemua harta perniagaan dan pemiliknya akan dirampas untuk menyelesaikan hutang piutang perniagaan tersebut.
KEEMPAT : Wajib Melantik Professional VS Tidak WajibSyarikat sdn. bhd. wajib melantik minimum seorang setiausaha syarikat berlesen dan juruaudit bertauliah manakala perniagaan enterprise tidak. 
KELIMA : Serahsimpan Laporan Tahunan VS Perbaharui Lesen TahunanSyarikat sdn. bhd. perlu menyerahsimpan laporan tahunan beserta laporan akaun beraudit setiap tahun ke SSM manakala perniagaan enterprise hanya perlu memperbaharui lesen perniagaan samada secara tahunan atau kekerapan lain yang dibenarkan oleh pihak SSM.

0 Comments